
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Time
Salah satu faktor keselamatan yang penting semasa kapal terbang berlepas adalah buka penutup tingkap dan malapkan lampu tempat duduk. Tapi apa sebenarnya fungsi malapkan lampu?
Lampu yang malap atau samar-samar merupakan langkah berjaga-jaga yang membolehkan mata penumpang untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat semasa berlakunya kecemasan.
Seorang juruterbang, Chris Cooke, menjelaskan, "Bayangkan anda berada dalam sebuah bilik yang terang yang kita tak familiar dan penuh dengan halangan. Bila seseorang matikan lampu dan minta anda untuk keluar cepat,cahaya dari pintu atau tingkap membantu anda keluar dengan cepat dan mudah."
Jadi ikut arahan kabin crew jangan degil dan memandai-mandai okay?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm