
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mashble
Kucing yang diberi nama Hidey ini kehilangan tuannya yang sudah meninggal dunia. Hidey telah dimiliki oleh seorang lelaki tua yang mempunyai penyakit Alzheimer yang tidak dapat menjaganya dengan betul. Keluarga lelaki itu pula menghantar lelaki tua ini duduk di rumah kebajikan.
Mujur salah seornag ahli keluarga lelaki tersebut, Paul Russel teringat yang dia mempunyai seekor kucing. Paul mencari kucing tersebut untuk memberi makan tetapi terkejut melihatkan keadaannya. Hidey dibawa ke pusat perlindungan haiwan untuk dibuang bulunya yang tebal supaya ia boleh hidup sihat.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm