Filem animasi yang ditunggu-tunggu, Kubo yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang memakai ‘patch’ untuk menutup mata sebelahnya yang hilang. Siapa sangka suatu hari Kubo secara tak sengaja terpanggil satu kuasa jahat yang menawarkannya hidup yang kekal abadi dengan pertukaran mata sebelahnya yang tinggal.
Segalanya berubah dan menjadi pengembaraan yang mendebarkan apabila Kubo terpaksa bertarung dengan semangat jahat yang mengejar Kubo. Untuk hidup dan mengalahkan kuasa jahat tersebut, Kubo terpaksa mencari baju ajaib yang pernah dipakai ayahnya suatu masa dulu sebagai wira samurai.
Filem ini dilakonkan oleh Art Parkinson (Kubo), Charlize Theron (Monkey), Matthew McConaughey ( Beetle), Ralph Fiebbes (Raiden the Moon King) dan ramai lagi.
Saksikan trailer di bawah sebelum filemnya menemui anda Ogos ini:
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm