Sumber: The Vocket Oleh: Aimi Nordin
Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil sudah pun bermula dengan acara pembukaannya malam tadi. Salah satu keistimewaan di sukan Olimpik Brazil ni kerana ada satu bilik yang paling berharga! Bilik apa tu?
Ia merupakan bilik di mana semua peralatan kamera Canon di simpan di bilik ini yang mencecah harga puluhan juta ringgit. Canon ingin memastikan gambar-gambar yang diambil di Olimpik Brazil berkualiti dengan menyediakan kemudahan equipments sebanyak 1500 lens dan 950 kamera DSLR yang secukupnya untuk jurugambar professional.
Tak cukup dengan itu, pihak Canon juga ada menyediakan 78 staf mereka untuk membantu jurugambar professional berkaitan hal Canon. Bagusnya!