
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Kosmo
Teringin juga nak rasa macam mana lah agaknya naik kapal terbang penumpangnya hanya diri kita. 3 sekawan ni bertuah sebab ada rasai pengalaman tersebut hingga dilayan macam selebriti dah sebab tak ada penumpang lain.
Penumpang bertuah tersebut, Laura Stevens, 34; Sarah Hunt, 35, dan Laurie-Lin Waller, 33, terkejut apabila mendapati penerbangan British Airways dari Gibraltar ke Lapangan Terbang Heathrow di London hanya membawa mereka.
Penerbangan mereka ditunda selama 3 jam. Jadi apabila naik untuk penerbangan baru mereka terkejut hanya ada mereka bertiga. Ini kerana semua penumpang telah mengambil penerbangan yang lebih awal.
“Hanya kami bertiga sahaja yang belum menaiki penerbangan yang sepatutnya lewat tiga jam. Disebabkan itu, kami ditukarkan ke tempat duduk kelas perniagaan,” ujar Stevens.
Dah lah berpeluang masuk ke kokpit yang mana yang semua dapat merasa, mereka juga tak perlu beratur panjang di bahagian pemeriksaan imigresen kerana tiada penumpang lain.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm