Sumber: Amanz Oleh: Aimi Nordin
Aikk? Macam mana pula iPhone 7 dah boleh beli kat China sedangkan kat US pun tak keluar lagi? Haaa, kalau anda antara golongan peminat tegar iPhone yang dah tak sabar nak pakai iPhone 7 lebih awal dari orang lain boleh lah beli di China.
Bagaimanapun, ianya bukanlah yang asli tetapi palsu. iPhone 7 palsu ni dilengkapi sistem kamera berkembar, rekaan antena baru dan warna ros merah jambu. Tapi perbezaan ketara antara iPhone palsu ini dan versi asal ialah tulisan pada panel belakang. Tertera ayat “Direka di Taiwan dan dihasilkan di China” dan bukannya “Direka oleh Apple di California dan dipasang di China”. Apakah sistem operasi yang digunakan dan harga jualan peranti palsu ini tidak pula diketahui.
Jadi, gunakan yang original okay?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm