
Oleh: Razzlyn Rosli Sumber: Boredpanda Gambar: nickresortpuntacana
Pasti ramai di antara anda pernah menonton siri kartun popular Spongebob Squarepants bukan? Di dalam siri tersebut sering kali terlihat rumah nenas yang dihuni oleh karakter utama iaitu Spongebob.
Rupanya rupa nenas tersebut bukan sahaja terdapat di alam virtual tetapi ada rumah nenas Spongebob sebenarnya wujud di alam realiti.
Rumah berbentuk nenas ini terletak di Republik Dominika yang dicipta oleh Nickelodeon dan Nick Resort Punta Cana. Pencinta Spongebob boleh menginap di villa mewah ini dengan takrif sewa sebanyak $3,800 bersamaan lebih kurang Rm15,000.
Penginapan ini dilengkapi engan dekorasi rumah seperti dalam air yang saling tidak tumpah dengan siri kartun terbabit. Kolam renang peribadi, telefon berbentuk kerang dan hiasan lain yang sama dengan milik Spongebob turut disediakan.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm