Sumber: The Telegraph Oleh: Aimi Nordin
Tak ada siapa tahu bagaimana nasib dan takdir hidup kita. Mungkin yang kita inginkan tak kesampaian seperti apa yang kita harapkan. Sama seperti gadis bernama Rahma Haruna ini.
Rahma, 19 dilahirkan sebagai seorang bayi yang normal sama seperti bayi lain. Namun, semasa usianya 6 bulan pembesarannya terbantut selepas dia demam panas. Disebabkan itu, kaki dan tangannya berhenti membesar.
" Sejak usianya 6 bulan dia belajar duduk dan semuanya bermula sejak itu. Dia tak sempat belajar merangkak."
" Dia bermula dengan demam. Kemudian bawa ke sakit perut. Kemudian ia menular ke bahagian tangan dan kaki." Kata ibunya Fadi.
Bagi memudahkan pergerakan Rahma, abangnya meletakkan dia di dalam baldi untuk mudah dibawa. Namun, selepas seorang jornalis datang dan buat liputan mengenainya, dia dapat sebuah kerusi roda yang baru. Keluarga Rahma yang kini tinggal di Kano, Nigeria mengharapkan sumbangan orang untuk kos perubatannya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm