
(Gambar: Wyke Farms)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Wah! Kerja sebagai penghidu keju dan merasa keju sahaja tapi hidungnya diinsurankan sebanyak RM 25.8 juta!
Untungnya wanita bernama Diane Cox, 48, yang baru sahaja memulakan pekerjaanya sebagai pakar penilai keju di Wyke Farms iaitu sebuah syarikat membuat keju terbesar di Britain. Baru tahu rupa-rupanya keju yang ada bukanlah keju yang calang-calang sehingga ada pakar khas untuk menghidu dan merasa keju jenis cheddar.
Syarikat tempat Diane bekerja sudah berusia 155 tahun dan membekalkan 15, 000 tan cheddar setahun ke seluruh Britain dan 160 buah negara yang lain.
Diane berkata, dia sentiasa berhati-hati menjaga hidungnya dan memastikan dia tidak diserang selsema.
“Saya mempunyai deria bau yang baik dan menyedarinya sejak kecil. Saya amat berhati-hati mengelak dijangkiti penyakit dan sentiasa menjaga kesihatan dan kecergasan kerana tidak mahu sebarang masalah yang akan menjejaskan deria bau atau rasa,” kata Diane.
Diane perlu memakan lebih 230 gram cheddar dalam masa empat hari seminggu atau 83 kilogram setahun.
“Saya memang sukakan keju,” kata Diane

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm