Oleh: Aimi Nordin Sumber: Daily Mail
Selalunya majlis perkahwinan yang ditaja mestinya seseorang itu merupakan selebriti. Ramai yang nak taja sebagai salah satu cara promosi kan bisnes mereka. Tetapi berbeza pula dengan seorang hartawan berlian di India ini yang sepertinya sudah menjadi tradisi buatnya untuk menaja majlis perkahwinan pengantin perempuan yang sudah 'tiada bapa'
Di India upacara Kanyadaan adalah upacara menyerahkan anak perempuan untuk berkahwin. Tapi selalunya mereka yang susah dan miskin tak mengadakan upacara ini.
Bagaimanapun, hartawan India Mahesh Savani telah menaja hampir 700 wanita yang sudah kehilangan ayah atau dari keluarga miskin untuk upacara ini di Gujerat. Bukan itu sahaja, dia turut membelikan pengantin sofa, emas, katil yang bernilai RM 28050 (500,000 rupees).
Gambar dari helikopter menunjukkan betapa meriahnya majlis perkahwinan ini.



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm