
Oleh Syazwan Aizad
Habit meminum kopi telah menjadi amalan biasa dalam kehidupan seharian kita. Sukar untuk membayangkan bagaimana kehidupan pencinta kopi jika tiada “ubat” ini, mesti akan rasa mengantuk sepanjang hari.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang akan mengalami kesan disebabkan oleh penggunaan kopi yang kerap seperti gigi berwarna kuning, dan sakit perut. Tapi masih lagi nak minum kopi sebab taknak mengantuk. Haih.

Berita baik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan memakai “gelang kopi”. Lebih dikenali sebagai “Gelang Kafein”, si pemakai akan mendapat jumlah kafein yang mencukupi daripada gelang yang dipakai terus ke salur darahnya. Menurut WearJoule , kafein yang dibekalkan kepada si pemakai akan membuatkan kita menjadi segar sepanjang hari. Pergh!
Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm