Sumber: Astro Awani Oleh: Aimi Nordin
Kecantikan itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Kalau kita berusaha untuk jadi cantik mesti boleh!
Joana Joseph yang berasal dari Klang membuktikan tiada apa yang mustahil selepas dia dinobatkan sebagai Miss Selangor Earth 2016. Dia berjaya merangkul gelaran tersebut pada acara kemuncak Miss Selangor Earth 2016 di SACC, Shah Alam Ahad lalu.
Joana yang baru berusia 19 tahun merupakan mangsa buli di sekolah kerana bentuk badannya yang gemuk dan tak secantik rakan sebayanya yang lain. Katanya, zaman sekolahnya seperti 'neraka'.
“Saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebih dan mungkin berkelihatan hodoh di mata mereka.
“Saudara-mara saya juga membuat hidup saya sengsara.
“Kemudian saya sedar, saya perlu berubah, kerana jika saya tidak mengambil sebarang tindakan, saya akan melaluinya sepanjang hidup saya.”
Bukan mudah untuk dia berada di tahap sekarang kerana banyak perngorbanan dan usaha yang dilakukan hingga dapat tubuh badan yang ideal.
“Ini merupakan hasil yang diperoleh tanpa gimnasium dan pil-pil penurun berat badan. Hanya diet yang baik. Ini adalah usaha keras saya,” tulisnya.
Joanna berkata, dia pernah melihat ibunya sengsara selepas mengambil pil kurus, malah tidak mahu makan apa-apa.
"Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa ubat-ubatan.
"Dan ini hasilnya. Saya akan bersenam bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak boleh?" jata Joanna mengakhiri kenyataannya.
Postnya yang dimuat naik diFacebook mendapat lebih dari 3000 share dan menjadi inspirasi buat netizens. Joanna akan bertanding dalam Miss Malaysia Earth 2016 pada 7 August ini di Ipoh.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm