Sumber: Mynewshub Oleh: Aimi Nordin
Gara-gara seekor ikan toman laluan motor di Federal Highway jem! Itu lah yang berlaku pada hari Jumaat lalu apabila seorang lelaki terlihat seekor ikan toman di tepi kolam kecil di tepi lebuhraya tersebut.
Jadi, ramai pengguna motorsikal yang memberhentikan motor mereka untuk melihat ikan toman tersebut kerana agak mustahil ikan tersebut untuk hidup di kolam kecil tersebut melainkan ada orang yang melepaskannya di situ.
Difahamkan lelaki tersebut melepaskan ikan toman itu ke dalam kolam itu semula.
Pehh, boleh tahan besar juga ikan toman ni.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm