
Oleh Syazwan Aizad. Sumber The Mirorr
Jika anda pengguna kanta lekap dan selalu menggunakan kanta lekap dalam tempoh masa lama, kisah ini wajib anda ambil iktibar.
Seorang gadis daripada London hampir cacat penglihatan apabila bola matanya nyaris terkoyak selepas cuba menanggalkan kanta lekap yang dipakainya selama 10 jam!
Menurut laporan The Mirorr, Meabh McHugh, 23 tahun, hampir buta selepas dia terkoyakkan lapisan kornea mata apabila cuba menanggalkan kanta lekap yang dipakai lebih daripada 10 jam.
Selepas lebih 10 jam, kanta lekap itu menjadi kering dan melekat pada bola matanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm