Sumber: Eh!
Baru kusedari cinta ku bertepuk sebelah tangan..
Mesti tahu lagu ni kan? Dan mesti tahu bagaimana rasanya bila cinta kita rupanya bertepuk sebelah tangan je. Ouch! Tapi janganlah sedih sebabnya ada baiknya bila kita dah rasai bagaimana sakitnya bila cinta kita tak berbalas.
1. Mengajar kita bagaimana nak hadapi 'rejection'
Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tak bermakna orang yang kita cinta dan sayang punya perasaan dan rasa yang sama seperti kita.
2. Buat kita perbaiki diri sendiri
Bila dah kena reject, pasti buatkan kita fikir apa kekurangan diri kita? Ia akan membuatkan kita perbaiki kekurangan diri.
3. Kenal pasti apa sebenarnya yang menggembirakan kita
Jangan letak kebahagiaan kita pada sesiapa pun. Kita bahagia dan gembira disebabkan diri kita sendiri. Bukan orang lain.
4. Buat kita lebih berhati-hati
Cinta tak berbalas ni buat kita lebih berhati-hati supaya tak berharap sesuatu yang tak pasti!
5. Tingkatkan tahap keyakinan diri dan harga diri
Inilah masanya untuk memperbaiki apa yang kurang, menjadi lebih cantik dan menarik dari sebelum ini. Hargai diri anda dahulu!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm