Oleh: Aimi Nordin Sumber: id wiki how
Kalau dulu kereta hanya boleh guna kaset je. Tapi zaman sekarang ni bukan setakat CD tapi dah boleh dengar lagu guna bluetooth dan cucuk je usb. Kadang-kadang, asyik guna CD keluar masuk CD, pemain CD kat kereta tu boleh jadi rosak. Bila kita nak keluarkan CD dia macam tersekat. Macam mana nak buat?

Cara Pertama
1. Matikan enjin kereta
2. Tekan butang 'Power' dan 'Eject' serentak selama beberapa saat. CD akan keluar jika kereta anda ada ciri 'Force Eject'
3. Jika dua cara di atas tak membantu. Ulang semula, tetapi cuba hidupkan enjin kereta. Sebab, sesetengah kereta pemain CD ni tak berfungsi bila enjin tutup.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Kedua
1. Cari CD kosong atau yang dah tak digunakan lagi kerana berkemungkin CD yang kedua akan rosak.
2. Tempatkan CD kedua sekitar 2,5 cm ke dalam slot. CD harus berada di atas CD yang tersekat. Anda akan rasa CD yang tersekat tu nanti.
3. Tekan butang 'Eject' dan goyangkan CD dengan lembut. Anda sedang memberikan daya tarik kepada CD yang tersekat pada pemain CD tu. Jika anda rasa CD yang tersekat mulai terkeluar, pastikan CD itu tidak terkepit di antara CD kedua dan tepi slot CD.
Selamat mencuba!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm