Apa yang akan anda lakukan jika pasangan anda tiba - tiba tidak boleh pergi melancong sekali? Nak batalkan ke terus? Mesti susah nak buat keputusan kan.
KIsah tentang sepasang suami ini cukup membuat kita tersenyum sendiri, walaupun salah seorang daripada mereka tidak dapat pergi bercuti bersama kerana isterinya kehilangan pasport beberapa hari sebelum bertolak namun ia tidak memutuskan semangat si suami untuk pergi melancong.
Yelah, banyak faktor yang nak dipertimbangkan, tiket hotel semua dah tempahkan dan tidak ada pemulangan duit jika mereka tidak pergi.
Disebabkan itu, Faizan Patel suami kepada Sana membuat keputusan untuk meneruskan bulan madu mereka seorang diri dengan ditemani gambar isterinya. Patel meletakkan gambar isterinya di tempat duduk kereta api sambil menghiburkan diri dengan mengambil foto dirinya bersama dengan gambar isterinya.

Tanpa disangka - sangka gambar tersebut tersebar luas di media sosial sehingga menteri luar negara di India, Susha Swaraj mengetahui masalah yang menimpa mereka.
Sejurus itu, beliau memaklumkan di media sosial dengan menyatakan "suruh isteri anda menghubungi saya, saya beri jaminan dia akan duduk di sebelah awak.
Akhirnya Sana sempat tiba di Dafoluolun, Itali dan bertemu dengan suaminya, mereka turut kongsikan gambar berdua dan bukan lagi gambar dalam gambar.
