Sumber: Sunnyskyz Oleh: Aimi Noradin
Kalau kita perasan kat Malaysia ramai orang yang cukup sempurna tapi tak mahu bekerja. Masih punya kaki dan tangan tapi memilih untuk meminta derma. Tapi korang kena ambil iktibar dari lelaki ni.
Seorang lelaki Kyle Bigler, 25 ni berjalan sejauh 25 kilometer sehari hanya untuk melakukan 2 kerja yang sampai 20 jam punya shif. Kyle ada masalah pembelajaran dan pertuturan yang menyebabkan dia sukar untuk diterima bekerja.
Dia cuba untuk cari kerja berdekatan rumahnya tapi hanya Dunkin Donuts je yang sudi ambil dia bekerja yang jauh 14 kilometer dari rumahnya. Kemudian kerja kedua di Big Apple hampir setahun sampailah ada seorang gadis yang perasan akan hal tersebut.
Joanna Griffiths yang perasan akan hal tu terus memuat naik kisah lelaki ni di Facebook miliknya.
"Saya merasakan perlu untuk berkongsi cerita ini dengan anda semua, dan mungkin boleh jadikan ia viral. Minggu lepas saya beli kopi ais di donat Dunkin sekitar 7:30, kemudian pada hari itu saya lihat seorang lelaki yang sama berjalan tetapi tidak dapat nak tumpangkan dia sebab saya dah lewat untuk pergi kerja. Dia sedang berjalan 8 1/2 batu untuk bekerja sepenuh masa kedua di Big Apple. Saya berhenti di Big Apple dalam perjalanan saya ke rumah dari kerja sekitar 22:45 untuk lihat jika dia boleh tumpang saya tapi dengan sopan dia menyatakan beliau bekerja lagi 3 jam.
Moral cerita ini ialah, jika anda seorang yang sihat tubuh badan ada kerja di luar sana untuk anda. Tidak kira apa pekerjaan pun. Orang ini berjalan 16 batu setiap hari untuk kedua-dua pekerjaan itu, dengan gaji yang minimum.
Keesokkan harinya ramai sangat orang mesej gadis ni tanya macam mana nak tolong dapatkan lelaki ni kereta hingga lah yang mengejutkan dirinya apabila pemilik kepada Autoserv Tilton sebuah syarikat kenderaan ingin memberi kereta percuma kepada Kyle.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm