
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hmetro
Sudah jatuh ditimpa tangga. Seorang lelaki terpaksa bermalam di tandas selepas tangannya tersekat dalam lubang jamban kerana cuba untuk selamatkan telefon pintarnya yang terjatuh.
Segalanya bermula gara-gara lelaki dari China ini membawa telefon pintarnya ketika membuang air pada jam 2 pagi. Lelaki ini terus memasukkan tangannya ke dalam lubang untuk cuba menyelamatkannya tetapi malangnya tangan dia yang tersangkut.
Apa yang lebih malang adalah dia tinggal seorang diri dan tak mampu mendapatkan sebarang bantuan. Mujur jam 5 pagi jeritannya didengari jiran dan menghubingi pihak bomba.