Sumber: DailyMail Oleh: Aimi Nordin
Bunyinya pelik kan? Tapi semestinya benar.
Seorang bayi perempuan akhirnya berjaya dilahirkan selepas 18 tahun embrionya dibekukan oleh sebuah hospital di Shanghai 18 tahun yang lalu.
Bayi tersebut dilahirkan melalui proses konsepsi 18 tahun dulu dengan berat 3.3 kilogram menggunakan embrio yang telah dibekukan.
Ini merupakan anak sulung kepada wanita yang berusia 45 tahun. Jadi dengan kelahiran bayi perempuan ini, ia merupakan rekod baru kehamilan menggunakan embrio yang disimpan beku terlalu lama.
Ibunya dikenal pasti sebagai Huang Qiong memutuskan untuk membekukan embrio berkenaan pada 1998 ketika berusia 27 tahun selepas mengalami kesukaran mengandung.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm