
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Video pemain bola keranjang Malaysia, Mohd Shadzwan Kamarulzaman menjadi viral selepas dia menyelamatkan nyawa seseorang di Lapangan Terbang Hong Kong.
“Seorang wanita tiba-tiba menjerit meminta tolong. Saya melihat keliling dan terlihat seorang lelaki sudah jatuh rebah tidak sedarkan diri. Bibirnya biru dan mulutnya berbuih”, katanya kepada Harian Metro.
“Saya periksa nadinya tetapi ia tidak lagi berdenyut. Dia juga tidak lagi bernafas jadi saya cuba untuk lakukan CPR terhadap mangsa sehingga akhirnya dia menunjukkan respon.”
Shadzwan terus menyerahkan kepada paramedik untuk membantu selepas melihat lelaki itu menggerakkan bibirnya. Tanpa disedari kejadian tersebut dirakam oleh Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Lua Choon Hann dan memuat naik video tersebut di Facebook.
“Saya tidak merasa tindakan saya itu adalah sesuatu yang istimewa tetapi saya pasti orang lain turut akan melakukan perkara yang sama ketika berada dalam situasi begitu. Apa pun saya berbangga kerana dapat menyelamatkan nyawa orang lain,” tambahnya lagi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm