Sumber: Mynewshub Oleh: Aimi Nordin
Bakso ni makanan yang asalnya dari Indonesia.Tapi sekarang kat Malaysia pun dah banyak dah. Tapi Bakso Astagfirullah Aladzim di Bandung ni bukan bakso biasa. Bakso ni sebesar bola sepak dan seberat 2KG! Pergh besar weh nak makan.
Tapi yang bestnya, kalau sesiapa berjaya habiskan bakso sebesar ni seorang diri dia tak perlu bayar dan boleh bawa balik bakso percuma lagi!
“Kalau saiz besar ini boleh dihabiskan seorang satu, mereka tidak perlu membayarnya. Malah, akan diberi percuma sebiji bakso lagi untuk dibawa pulang,” kata pemilik kedai, Laman.
Bakso besar berharga RM 46 ni bukan sahaja menarik minat orang tempatan malahan juga pelancong dari luar negara. Bakso ini juga merupakan bakso asli darpada daging sapi.
“Bukan hanya tepung semata-mata. Dagingnya memang terasa. Pada awalnya kami ingatkan hanya mahu membeli dua biji. Tetapi ternyata saiznya memang lebih besar daripada gambar,” kata salah seorang pelanggan, Sandi Taufik.
Bagi sesiapa yang tak mampu habiskan bakso sebesar ini mungkin boleh cuba yang bersaiz kecil dengan ahrga RM 8. Jadi kalau sesiapa yang bakal bercuti ke Bandung boleh lah ke Jalan Sukawarna, Padjadjaran untuk mencuba!