
Sukan Paralimpik Rio 2016 secara rasminya telah dilancarkan pada Rabu lepas telah berlangsung secara gilang-gemilang di Stadium Maracana, Rio De Janeiro.
Pemenang pingat emas Brazil yang pertama dalam Sukan Paralimpik pada tahun 1984 menerusi acara 200 meter, Marcia Malsar telah dipertanggungjawabkan untuk membawa obor sejauh 30 meter, sebelum diserahkan kepada perenang Paralimpik Brazil iaitu Clodoaldo Silva untuk dinyalakan.

Malsar yang berjalan menggunakan tongkat dalam keadaan hujan renyai-renyai, telah tergelincir sebelum terjatuh.
Melihat bagaimana Malsar berusaha untuk mengambil obor dan bangun semula telah menyentuh hati ramai pihak.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm