Kalau anda peminat gajet dan teknologi terkini seperti aplikasi mudahalih, dron, kandungan digital, pastikan anda mengunjungi KL Converge! 2016 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 September 2016 ini jam 9 pagi hingga 5 petang. KL Converge! 2016 mempertemukan pakar-pakar terkemuka dalam bidang multimedia seperti kandungan kreatif, internet, aplikasi, untuk membincang, mempamer dan meraikan peluang-peluang kejayaan.
Alami dan hayati yang terbaik dalam dunia permainan video, dunia perfileman, dunia internet, muzik, animasi, kesenian, fotografi dan lain-lain. Terokai kaedah mencipta, berhubung dan menggilap bakat anda menerusi inovasi terhebat era ini. Alami dan rasai gambaran dunia digital masa hadapan di KL Converge! 2016. KL Converge! 2016 dibawakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan Penggiat Industri. KL Converge! 2016 adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Kalau anda nak dapatkan lebih banyak maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti yang menarik, sila layari Facebook KL Converge dan juga Twitter @KLConvergeMY.
