Oleh Feyra Nasrom Sumber amanz
Dunia makin canggih, teknologi pasti akan lebih up to date. Tahukah anda aplikasi whatssap akan dikemas kini dengan kehadiran panggilan video dan juga peti suara tidak lama lagi?
Jadi selepas ini, lebih mudah untuk mereka yang mesra dengan aplikasi ini untuk berhubung dengan rakan-rakan serta keluarga dengan membuat panggilan video. Selain itu, Whatssap juga menyediakan peti suara dimana ianya berfungsi sama seperti rakaman audio di Whattsap namun ianya akan berjaya dirakam setelah pemanggil tidak menjawab panggilan anda. Lebih mudah dan menyenangkan bukan? Walau bagaimanapun, perubahan ini masih belum diketahui tarikh rasmi. Mungkin dalam beberapa bulan lagi ataupun dalam masa terdekat ini.