
Oleh Aimi Nordin. Sumber BBC.
Ini adalah Tu Youyou, wanita berusia 84 tahun menjadi wanita pertama di China untuk memenangi Hadiah Nobel kerana penemuan artemisinin, sejenis ubat yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa pesakit malaria dan telah menjadi tulang belakang melawan penyakit bawaan nyamuk dalam dunia hari ini.
Walaupun dia memenangi Hadiah Nobel untuk bidang perubatan, apa yang mengejutkan ialah Tu tidak mempunyai PhD atau, dalam hal ini, beliau tidak memiliki ijazah perubatan! Tu Youyou mendapat pendidikan di sekolah farmakologi di Beijing. Tidak lama selepas itu, dia menjadi seorang penyelidik di Akademi Perubatan Cina tradisional.
Di China, dia dipanggil "three noes" kerana beliau tiada ijazah perubatan, tidak ada doktor falsafah, dan dia tidak pernah bekerja di luar negara. Beliau memulakan penyelidikan malaria selepas diambil untuk satu unit kerajaan rahsia yang dikenali sebagai "Misi 523".
Pada tahun 1967, pemimpin komunis Mao Zedong memutuskan terdapat keperluan negara mendesak untuk mencari ubat untuk malaria. Dia terlebih dahulu menguji ubat ini pada dirinya untuk memastikan ianya selamat. Selepas keputusan yang baik pada tikus dan monyet, Tu Youyou secara sukarela menjadi manusia pertama yang menerima ubat tersebut.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm