
Oleh Zarul Anwar
Walaupun hebat dikritik dan dikecam oleh Netizen, jubah pahlawan yang viral di media sosial berjaya mendapat jualan sehingga 2 juta unit. Pengasas Farbel Exclusice, Syubaili Aziz menjelaskan dia tidak langsung terkesan dengan komen-komen negatif yang diterimanya melalui media sosial antaranya ada yang menggelarkan model-model yang memakai jubbah tersebut adalah gay berikutan warna dan rekabentuk jubah tersebut.
"Saya telah menjual dua juta", kata Syubaili sebagaimana lapor Malay Mail Online yang menemuramah beliau menerusi telefon.
"Dan ia hanya beberapa hari selepas ia viral tiga hari lalu sejak Jumaat", tambahya.
Gambar jubah tersebut menjadi viral ssehingga mendapat lebih dari 18000 perkongsian setelah pengguna Facebook bernama Rizal Hakimm, memuatnaik gambar-gambar model tersebut yang menggayakan Jubah Pahlawan.
Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar parodi telah dihasilkan oleh pengguna laman media sosial. Ada yang membuat gambar parodi model jubah berkenaan seiras dengan watak kartun “Teletubbies” dan yang paling teruk sekali terdapat gambar abang sado memakai skirt sambil memegang beg.
Syubaili menambah pelanggan jubahnya adalah dari Thailand, Brunei, Singapura dan Taiwan. Jubah tersebut dijual pada harga RM225 dan ianya merupakan rekaan dari Syubaili sendiri dan isterinya.
"Sebenarnya, produk yang kami jual kepada pelanggan tidak ketat; ianya longgar"
"Saya tidak sangka jubah itu menjadi begitu ketat (apabila dipakai oleh model).", kata Syubaili.
Tambah menarik lagi, Syubaili berkata publisiti jubbah yang viral di media sosial ini telah melonjakkann lagi perniagaannya. Sementara itu, salah seorang model Jubah Pahlawan berkata, ada sesetengah yang memanggilnya dengan gelaran gay dan pondan kerana mempunyai perasaan yang amat benci terhadap jubbah tersebut.
Sumber dari Malay Mail Online.