Sumber: FB Oleh: Aimi Nordin
Sebelum ini viral kes seorag makcik yang motornya dicuri ketika membeli barang di sebuah supermarket di Kuantan. Motor Honda Cup C70 miliknya hilang bersama dengan kasut sekolah anaknya sekali. Setelah mendapat lebih daripada 5000 perkongsian di Facebook, akhirnya ada insan yang sudi menghulurkan bantuan.
Seorang biker yang dikenali sebagai Rafi Superbike di akaun facebooknya, pada mulanyahanya ingin memberi motornya secara percuma, namun memandangkan jarak Melaka dan Kuantan yang jauh dan mengambil masa yang agak lama. Jadi Rafi memutuskan untuk ke Kuantan dan membelikan makcik ni motor secondhand di Kuantan nanti.
Bagaimana pun, selepas memuat naik status tentang update terkini, ada juga beberapa insan lain yang menghulurkan bantuan dari segi wang tunai.
Alhamdulillah. Ramai yang prihatin dan membantu dalam bulan Ramadan ni.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm