← Kembali
Video WatermelonBoy Jadi Tumpuan Media Sosial
Jan 06, 2016
Oleh Feyra Nasrom. Sumber Youtube
Pernah kah anda lihat seorang budak mampu habiskan buah tembikai yang besar hanya dalam masa yang singkat? Pelik tapi kelakuan budak ini menjadi tumpuan orang ramai malah video yang diambil mula viral di media sosial.
Mitchell Schebeci yang berusia 10 tahun sedang menonton satu perlawanan Kriket di Melbourne, Australia sambil menikmati buah tembikai yang belum dikupas kulitnya seperti sedang menikmati buah epal yang berukuran besar.
Juruhebah perlawanan itu menyedari akan kelakuan aneh Mitchell Schebeci dan terus mengalihkan kamera ke arah beliau hingga dia berjaya habiskan satu tembikai besar tersebut. Orang ramai mula perasan akan kelakuan beliau dan video yang dirakam itu mula viral dan menjadi Trending di twitter dengan menggunakan hashtag #watermelonBoy.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Sebelum
Lembu Makan Roti Canai?
Seterusnya →
7 Jalan Raya Berbahaya Di Dunia