Oleh Feyra Nasrom Sumber Facebook Wartawan Jalanan
Walaupun agama melarang daripada bersentuhan dengan anjing, namun perkara itu bukan menjadi penghalang untuk membantu makhluk atau sesiapa pun yang berada dalam keadaan darurat dan memerlukan pertolongan.
Seorang wanita beragama Islam mengambil tindakan berani menyelamatkan seekor anjing yang dilihat sedang terbaring di pembahagi jalan akibat dilanggar oleh kenderaan. Video tersebut dimuat naik dan mula menjadi viral disebabkan sikapnya yang mulia mengangkat anjing tersebut tanpa menggunakan sebarang alas meskipun anjing merupakan haiwan yang tidak boleh disentuh dalam islam.
Tidak mempedulikan apa orang sekeliling berkata, wanita ini membuat keputusan untuk mengangkat anjing yang memerlukan pertolongan itu.
Respect Akak Nie Sanggup Tolong Anjing Itu.
Posted by on Sunday, March 13, 2016
Rata-rata netizen memuji tindakan mulia yang ditunjukkan:
Tidak salah sama sekali tindakan wanita ini, malah orang ramai harus mengambil contoh menerusi sikap yang ditunjukkan oleh insan ini. Islam itu mudah dan tidak pernah menghalang kita untuk berbuat baik dan pertolongan jika dalam keadaan darurat. Kalau korang dalam situasi seperti ini, apa yang korang akan lakukan? Tolong atau berlalu pergi?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm