← Kembali
Video Bayi Keliru Cam Bapa Kembar Cecah 8 Juta Penonton
Feb 13, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber Youtube
Sebuah video bayi bersama bapa dan kembar bapanya viral hingga cecah 8 juta penonton dalam masa 4 hari apabila bayi tersebut keliru ingin membezakan siapa bapanya yang sebenar. Stephen Ratpojanakul merupakan bapa sebenar kepada bayi itu dan Michael Ratpojanakul adalah bapa saudara kepada bayi itu.
Pada mulanya, bayi yang diberi nama Reed masih lagi kenal bapanya dengan memanggil gelaran “Dada”. Kekeliruan bermula apabila Michael Ratpojanakul, kembar kepada bapa sebenar bayi itu menanggalkan cermin matanya dan sekaligus membuatkan Reed benar-benar keliru dan turut memanggilnya “Dada”
Bayi Reed tetap akan memanggil kedua-duanya “ Dada “ apabila setiap kali mereka berdua bertukar pegang bayi tersebut. Gelagat comel aksi bayi Reed membuatkan bapanya ingin memuat turun video itu di laman sosial Facebook dengan niat sekadar ingin berkongsi kepada salah seorang rakannya namun tidak pernah menyangka video tersebut akan menjadi viral dan mendapat jumlah 8 juta orang penonton dalam masa 4 hari. Jom usha video comel ini!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
11 Lokasi Di Malaysia Kelihatan Seperti New Zealeand Akan Buat Anda Terpukau
Next →
Kuatkan Signal WiFi Guna Botol Dan Aluminium Foil