← Kembali
UiTM Terengganu Merancang Bina Hotel Di Atas Pelantar Minyak
Jan 12, 2016
Oleh Ina Mohd. Sumber Astro Awani.
Bagaimana agaknya apabila pelantar minyak mendapat kunjungan yang luar biasa terutama pelancong? Universiti Teknologi Mara(UiTM) Terengganu telah merancang untuk membina hotel di atas pelantar minyak. Ini adalah untuk menarik pelancong khususnya di daerah Dungun sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.
Rektor UiTM Terengganu Prof Madya Dr Abdol Samad Nawi berkata pembinaan hotel berkenaan bukan sahaja dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara, malah boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti berkenaan.
Beliau turut yakin jika hotel itu siap, ia dapat membantu ekonomi negara. Ini kerana pelancongan adalah satu bidang yang penting. Beliau turut memberitahu akan berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Petronas untuk berbincang bagi mendapatkan pelantar Petronas yang sudah tidak digunakan. Selain itu pelantar berkenaan perlulah 10 batu nautika dari pesisir pantai Dungun dan ubah suai menjadikan hotel terapung di tengah-tengah laut.
Kos penyelenggaran menelan belanja berjuta tetapi pulangan untuk masa akan datang bukannya sikit sebaliknya menguntungkan. Apa-apa pun diharapkan perancangan ini berjaya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Sebelum
Shah Rukh Khan Kecewa Dengan Filem Dilwale
Seterusnya →
Stesen Keretapi Tertua di Jepun Hanya Mengambil Seorang Penumpang Sahaja