
Oleh: Izzat Ismail
Pertama kali tengok buah-buahan dan sayur sayuran ‘giant’ seperti ini terlintas di fikiran mengenai cerita kanak-kanak Cinderella yang menggunakan buah labu sebagai kereta kuda. Mesti semua orang tak akan percaya dengan size buah labu tersebut bukan? namun jangan terkejut kerana di Amerika Syarikat ianya benar-benar ada di suatu tempat yang dipanggil Matanuska-Susitna.
Terletak kira-kira 60 kilometer dari Anchorage, Bandar Matanuska-Susitna mempunyai daya tarikan yang tersendiri bagi para pelancong asing kerana ianya merupakan tempat terbaik di dunia bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh tumbuh dalam saiz raksasa.
Satu pertandingan khas turut telah dicipta semata mata ingin mengetahui siapakah yang mempunyai buah-buahan atau sayura sayuran paling gergasi dengan konsep yang cukup unik. Antara produk pertanian yang pernah muncul juara ialah kubis seberat 62 kilogram, tembikai wangi atau cantaloupe seberat hampir 30 kilogram dan brokoli yang beratnya seberat 15 kilogram.
Untuk makluman, kajian saintis tempatan mendapati rahsia disebalik tumbuhan gergasi ini adalah kerana di sana kadar sinaran mataharinya boleh dianggap sebagai cukup luar biasa dan cahaya matahari di sana secara purata menyinar lebih daripada 12 jam sehari membolehkan tanaman tumbuh sihat tanpa memerlukan apa-apa baja tambahan seperti di negara empat musim.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm