← Kembali
Top 5 Rumah Billionaire Termahal di Seluruh Pelusuk Dunia Ini Pasti Akan Membuat Kamu Tercengang!
Jan 20, 2016
Oleh Syazwan Aizad.
Betul tu. Tapi wang dan kebahagiaan adalah suatu yang sangat sinonim. Ada beberapa individu yang berjaya di luar sana - daripada selebriti kepada pelakon, hinggalah kepada ahli perniagaan, yang memiliki sejumlah wang besar, kereta besar dan rumah besar yang berharga mungkin berbilion ringgit. Ayuh kita lihat koleksi rumah-rumah billionaire ni macam mana lah rupa dia!
1.Larry Ellison

Dimiliki oleh Larry Ellison, nilai anggaran hartanah yang popular di kalangan rumah jutawan tertinggi berjumlah 200 juta dollar. Rumah berukuran lebih 23 ekar dan berkonsepkan reka bentuk Jepun-diilhamkan oleh seorang arkitek California. Ia merupakan gabungan sepuluh bangunan, tasik buatan, rumah mandi, rumah teh dan kolam ikan koi yang indah.
Ya, gabungan sepuluh bangunan. Bayangkan jelah 10 biji bangunan yang digabungkan, maka dapatlah sebiji rumah dia.
2.George Soros
Diilhamkan daripada senibina klasik, rumah ini dilengkapi dengan landskap yang unik, kolam renang dan juga reka bentuk laman yang sangat awesome. Baru-baru ini, Soros menambah 19 lagi bilik yang juga telah menambah 19 ekar kepada jumlah asal saiz rumahnya. Ini bermaksud, 1 bilik = 1 ekar.
3.Lakshmi Mittal
Dimiliki oleh Lakshmi Mittal yang sangat terkenal, rumah ini bernilai kira-kira $ 222 juta dan terletak di 'Row Billionaire' di London. Mittal juga memiliki beberapa hartanah lain di jalan ini. ‘Row Billionaire’ tu macam Bukit Antarabangsa lah kalau dekat tempat kita ni.
4.Ira Rennerts
Terletak di Fair Field, Amerika Syarikat, rumah ini dimiliki oleh Ira Rennert ini. Nilai pasaran rasmi hartanah ini berjumlah $ 248.500.000, tetapi tidak pernah keluar di pasaran perdagangan. Dengan mempunyai 39 bilik mandi dan 29 bilik tidur, menjadikan rumah ini antara rumah termahal di dunia. Tapi nak buat apa bilik air lagi banyak daripada bilik tidur? Huhu
5.Lily Safra
Terletak di Villefranche-sur-mer di Perancis, rumah ini pada mulanya harta kepada King Leopold II dari Belgium. Hartanah ini berukuran lebih daripada 20 ekar, dan dengan nilai pasaran sebanyak 500 juta euro (2.3 billion ringgit). Seorang jutawan Rusia, Mikhail Prokhorov, pernah cuba untuk membeli rumah ini pada tahun 2008. Tetapi, dia menarik diri pembelian itu hanya disebabkan beliau tak cukup lagi 50 juta euro. lol
6.Mukesh Ambani
Mukesh Ambani pemilik kepada warisan jenama Ambani dan Reliance. Rumah yang dikenali sebagai Antilla yang terletak di Mumbai, India adalah rumah paling termahal di dunia. Ia berdiri dengan ketinggian 27 tingkat dan berkeluasan lebih daripada 400,000 kaki persegi.
Rumah yang berbentuk sebuah bangunan pencakar langit yang mempunyai enam tingkat khusus untuk tempat letak kereta sahaja. Ia dilengkapi dengan helipad. Kawasan dalam bangunan yang sangat menarik dan dilengkapi dengan barangan yang kita hampir tidak boleh nak bayangkan. Ini kalau dekat Malaysia mesti kita ingat pejabat, sekali rupanya rumah. Pergh!
Daripada posting di atas, rasanya tak sesuai panggil rumah sebab besar ya amat rumah dia. Baik panggil istana je.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Asingkan Sisa Sampah Demi Masa Depan Anak Kita
Next →
Alasan Takut Remaja Wanita Menjadi Manja Dan Bercinta, India Haramkan Telefon Bimbit Bagi Remaja Bawah 18 Tahun