Oleh Feyra Nasrom Sumber amazingnara
Banyak-banyak resipi kek, brownies paling leceh nak buat kan? jadi, percaya atau tidak, ada satu tips nak buat Brownies cuma memerlukan 5 minit sahaja. Biar betul? Kali ini, pakai cawan jer, siap je adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap ! tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay? Jom kita usha resipi mudah ini, balik rumah nanti boleh cuba buat!
Bahan-bahan yang diperlukan :
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan
Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.

2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.

3 Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.
4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda! sedapnya!
Senang je kan? tak leceh dan sekejap je dah siap ha. Memang menjadi dan 100% rasa sama seperti Brownies yang korang beli dekat kedai tu. Selamat mencuba ya!