
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Y-Oman.com
Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perkara yang membatalkan puasa dengan berniat, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Kalau di Malaysia sendiri sahaja, waktu imsak dan berbuka puasa di setiap negeri juga berbeza. Misalnya di Sabah dan Sarawak, waktu Maghrib dan imsak jatuh lebih awal daripada negeri-negeri di semenanjung.
“Ada orang pernah cakap, kalau tak tahan sangat, bersahur lah dekat semenanjung dan berbuka lah di Sabah atau Sarawak”
Ok, secara purata, kita di Malaysia, tempoh umat Islam berpuasa adalah lebih kurang 13 jam ++.
Namun korang sedar tak yang sebenarnya tempoh berpuasa di seluruh dunia adalah berbeza-beza? Malah ada negara yang berpuasa hamper 20 jam sehari! Eh sehari ada 24 jam tau. Kalau 20 jam berpuasa, maksudnya 4 jam jelah berbuka. Huhu. Berikut adalah infografik tentang tempoh masa berpuasa umat Islam seluruh dunia.
Jadi, jangan lah merungut bila berpuasa selama kira-kira 13 jam je. Tolak jam tidur, tolak jam buat kerja, sedar-sedar dah maghrib.
Selamat berpuasa!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm