← Kembali
“Sup Denggi Ser” Mampu Rawat Penyakit Denggi?
Jan 15, 2016
Oleh Izzat Ismail.
Sejak akhir-akhir ini peningkatan kes demam denggi terutama di sekitar Lembah Klang amat membimbangkan dan ianya akan terus meningkat jika tiada kesedaran dikalangan kita. Namun begitu, kita sering mendengar ubat bagi merawat penyakit ini adalah bahan berasaskan ketam nipah.
Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan, khasiat ketam nipah amat popular sehingga menjadi lubuk rezeki buat peniaga restoran Aqua Azwan. Peniaga berusia 34 tahun ini amat bersyukur dengan
trend tersebut sekaligus ada yang mengelar kedainya dengan panggilan “Sup Denggi Ser”.
Semua ini adalah kerana menu utama di situ yang telah mendapat perhatian masyarakat bukan saja di Pantai Timur malah ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata ingin mendapat khasiat ketam yang mampu menyembuh dan mengurangkan kesakitan.
Dalam pada itu, Azwan yang mula membuka restoran sejak tiga tahun lalu berkata walaupun sukar untuk memperoleh ketam pada masa kini, beliau tetap berusaha mencarinya dengan niat mahu bantu penghidap denggi yang mahu sup ketam untuk dibuat penawar demam tersebut.
Semoga niat penjual ketam nipah ini dipermudahkan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Terima kasih “Sup Denggi Ser”!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
10 Penulis Malaysia Yang Mendapat Anugerah Hebat Di Luar Negara
Next →
5 Petua Hilangkan Bau Kaki. Amalkan!