Oleh Izzat Ismail
Majoriti peminat filem Stephen Chow sudah tentu tahu filem Shaolin Soccer yang pernah pecah panggung pada tahun 2001. Tahukah anda filem tersebut bakal jadi realiti di China apabila sebuah sekolah mempertahankan diri telah menubuhkan kelas latihan yang menggabungkan kungfu dan kemahiran bermain bola sepak.
Jangan keliru ok! Bukan yang pasukan jahat didalam filem yang dijadikan realiti tetapi kemahiran menggunakan kung fu seperti didalam filem tersebut diambil sebagai satu pembaharuan dalam sistem bola sepak China.
Menurut sumber, pelajar yang terpilih akan diajar supaya menggabungkan kemahiran kungfu agar dapat diaplikasikan semasa latihan bola sepak. Bukan itu saja, pelajar seawal umur 10 hingga 12 tahun telah diterapkan dengan budaya kung fu dan setakat ini seramai 50 kanak-kanak lelaki dan perempuan telah dipilih bagi menganggotai pasukan bola sepak baru itu.
Kalau benarlah perkara ini akan jadi realiti nanti, mesti pasukan dari negara China ini akan jadi tumpuan ramai. Sama-sama kita nantikan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm