Oleh Feyra Nasrom
Adat berniaga, kalau dah masakan itu sedap, pasti restoran itu akan jadi buruan orang ramai. Tambahan jika harga pun berpatutan, siapa yang tak nak serbu ya tak?
Sebuah restoran milik Siti Afzan dan Muah Pudalu pernah viral suatu ketika dahulu bukan disebabkan kualiti makanan yang tidak sedap atau mahal, tetapi disebabkan kuantiti orang ramai yang tidak pernah putus datang sehingga ada sesetengah pihak berang apabila mereka sudah pun 2,3 kali datang tetapi pelanggan masih lagi penuh.

Selain itu, restoran ini juga berkonsepkan taman dimana tempat makan restoran ini dibuka di halaman rumah mereka sendiri. Lihat sahaja berikutan gambar yang disediakan, setiap ruang kosonng dipenuhi orang ramai yang datang. Harga pun berpatutan! Untunglah hari hari rumah meriah dengan orang ramai kan?


Bagi sesiapa yang mencari masakan western yang lain dari yang lain, anda boleh cuba singgah di restoran Noah Street Burger Kuala Selangor ini untuk merasai kesedapannya sendiri! Restoran ini bertempat di Taman Bendahara, Kuala Selangor , berdekatan dengan Tesco dan dibuka pada setiap hari. Jadi tunggu apa lagi, jom serbu!

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm