
Oleh Feyra Nasrom Sumber KRT
Zaman sekrang ni, lafaz cerai itu seolah-olah dihujung bibir sahaja. Tiada nilai, tiada istimewa lagi hubungan setiap pasangan suami isteri itu. bermacam-macam kes yang tidak masuk akal boleh menjadi punca penceraian. Dalam kisah yang ingin kami kongsikan kali ini, seorang lelaki berkongsi cerita rumahtangganya dimana mereka bercerai hanya disebabkan rokok. Namun, bila difikir balik, relevankan punca rokok diluahkan lafaz cerai? Mari kita ikuti kisah ini
Minggu lepas, saya hisap rokok depan televisyen dan anak-anak. Tiba-tiba isteri saya datang dan merampas rokok saya dan buang dalam sinki. Saya sangat marah sebab isteri kurang ajar dengan saya. Dia beri alasan sebab saya menghisap rokok di depan anak-anak.
Saya menjadi hilang kesabaran lalu naik tangan. Saya kecewa dengan tindakannya dan dia tidak memahami yang saya adalah perokok tegar yang suka mahu berhenti. Saya tak faham, susah sangat ke perempuan nak faham dengan lelaki menghisap rokok ini? Sanggup kurang ajar dengan suami sendiri sebab rokok.
Sudah 10 tahun saya bertahan, setiap kali saya menghisap rokok, mesti isteri saya akan membebel, marah-marah, tarik muka, hempas pintu bagai membuatkan hidup saya tertekan. Saya lihat orang lain tak ada pun berkelakuan seperti isteri saya yang terlalu mendesak saya berhenti merokok. Rokok saya sudah beribu-ribu kotak dibuang olehnya.
Saya berkongsikan cerita saya ini agar para isteri di luar sana mengambil iktibar agar jangan terlalu mendesak suami berhenti merokok dengan cara yang melampau. Jangan jadikan point saya hisap rokok depan anak untuk salahkan saya.
Saya tengok ramai lelaki di luar sana menghisap rokok di tempat awam. Tak menjadi masalah pun? Tiada orang nak marah mereka pun? Sekurang-kurangnya saya tak hipokrit hisap rokok sorok-sorok seperti budak sekolah. Tolonglah fahami keadaan saya sebagai seorang perokok tegar.
Kesimpulannya, isteri tegur demi kebaikan. Tetapi, sesetengah suami menganggap si isteri tidak memahami dan kuat berleter. Dalam kes ini, tidak wajar punca penceraian hanya disebabkan rokok. Sebaliknya, lelaki ini patut memahami dan menghargai tindakan si isteri itu.