← Back to list
Peringatan ! Paru-Paru Mengecut Akibat Hisap Vape
Mar 29, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Al Nur
Ketika awal Vape diperkenalkan, perokok-perokok tegar mula beralih kepada trend baru ini. Kata mereka, Vape merupakan pengganti kepada rokok. Ramai perokok tegar beralih kepada vape yang kononnya membolehkan mereka berhenti daripada merokok. Vape juga dikatakan tidak membahayakan kesihatan berbanding dengan rokok. Konsep yang sama, cuma ditambah perisa, apa yang tidak membahayakan?
Namun, kenyataan itu tidak boleh dipakai sama sekali. Terbaru, seorang pemuda dikatakan menderita setelah 4 bulan menghisap vape. Kakak kepada pemuda ini ada berkongsi kisah yang menimpa adiknya di ruangan Facebook beliau benar-benar membuka mata orang ramai akan kesan sebenar vape kepada individu

Berikut perkongsian dari Al Nur:
Sangat menyedihkan. Proses untuk sembuh terlalu sakit. Bertabahlah wahai adikku.
Ini merupakan kesan menghisap vape selama 4 bulan setelah beliau berhenti merokok.
Adik saya mengalami sakit dada selama dua hari dan sakit yang teruk pada hari ketiga
Kami ingat, sakit yang dialami cuma biasa-biasa sahaja, namun setelah menjalani imbasan x-ray doktor mengesahkan paru-pari kirinya mengecut
Doktor terpaksa membuat satu lubang dan memasukkan satu tiub untuk menjadikan paru-parunya berfungsi seperti biasa.
Jika kaedah ini tidak berkesan, adik saya akan kehilangan satu daripada paru-parunya
Kesan buruk buat perokok dan penghisap vape bergantung kepada setiap individu tetapi apa yang terjadi kepada adik saya merupakan satu peringatan awal untuk beliau berhenti merokok dan menghisap vape.
Pengajaran ini mendapat perkongsian 20 k oleh pengguna Facebook. Beringatlah semua, sebelum terkena, mulalah mencegah. Jangan menyesal di kemudian hari. Sayangi diri anda.
← Previous
"Saya Nak Suami Kereta Besar" - Antara Dua Jenis Trend Masa Kini
Next →
Pasangan Warga Tua Tidur Di Luar Rumah Tunggu Kepulangan Anak