Oleh Feyra Nasrom . Sumber Kini Trending
Memang untung bagi setiap pasangan yang bercinta diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Sebagai contoh, jika sesuatu perhubungan itu mengambil masa selama berbelas tahun, pernah atau tidak and terfikir bagaimana mereka mengharungi pelbagai dugaan sehingga berjaya meniti ke alam perkahwinan?
Tidak begitu mudah sebenarnya tetapi aspek penting seperti kepercayaan, kesetiaan dan tanggungjawab antara satu sama lain itu memainkan peranan penting untuk menjayakan sesuatu hubungan.Ramai yang mengatakan percintaan yang bermula dari zaman sekolah itu merupakan cinta monyet. Cinta yang tidak menjanjikan apa-apa ikatan sekalipun. Fakta yang dinyatakan itu sebenarnya salah.
Ramai sahaja yang bercinta dari zaman sekolah dan dibawa hingga ke perkahwinan. Itu semua bukan persoalannya, yang penting anda benar-benar inginkan si dia untuk menjadi teman sehidup semati anda. Apa jua masalah, persengketaan dan onak duri yang datang merupakan perkara biasa dalam sesuatu hubungan. Apa yang penting, kepercayaan itu harus ada dan jangan sesekali cepat melatah jika dihadiri dengan masalah dalam percintaan. Bergaduh besar macam mana sekalipun, kalau dah jodoh, pasti takkan kemana. Cuba lihat foto dibawah ini, sweet kan? 12 tahun bercinta bermula dari zaman sekolah, akhirnya ke jinjang pelamin juga. Korang punya pengalaman bercinta pula bagaimana?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm