Oleh Feyra Nasrom Sumber Youtube
Wow ! biar betul harga jam tangan ni ??
Jacob & Co merupakan sebuah jenama yang berasal dari New York yang hanya mengutamakan barang kemas dan juga jam tangan. Baru-baru ini Jacob & Co ada memperkenalkan produk jam tangan “ Billionaire “ dimana harga dan kos pembuatan jam tangan tersebut bernilai 18 juta Swiss France ( kira-kira RM 75 juta ringgit) dan diperbuat daripada 18 K emas putih serta berlian 260 karat. Jam tangan ini telah dipamerkan di Baselworld 2016 dan mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan keseluruhan jam itu.
Menurut pengarah urusan, Jacob& Co, Maurizio Mazzocchi berkata, jam tangan ini logik akal harganya disebabkan kualiti yang benar-benar terjamin sehingga mengambil masa selama 3 tahun untuk menyempurnakannya. Reka bentuk yang ekslusif , mewah dan tinggi nilainya menjadikan jam tangan ini unik dan tidak sama seperti yang lain.