← Kembali
Penumpang Pesawat Dimarahi Selepas Sengaja Tonton Dilwale Versi Cetak Rompak
Jan 05, 2016
Oleh Zarul Anwar
Entah perasan atau tidak, seorang penumpang di dalam sebuah pesawat telah mengecewakan seorang pelakon filem Dilwale, Kristi Sanon apabila dia dengan sengaja menonton filem Dilwale versi cetak rompak melalui smartphone miliknya.
Penumpang itu sebenarnya duduk bersebelahan dengan aktres yang membintangi filem tersebut ketika dalam perjalanan ke Delhi, India. Lelaki itu kelihatan leka serta menonton filem yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol itu menggunakan projector yang disambungkan dengan smart phone miliknya.
Jengkel serta tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut, Kriti kemudian memuatnaik gambar lelaki itu di halaman twitternya dengan hashtag #SayNoToPiracy.
"Sad to c the hardwork of so many ppl bein watched in such pathetic quality!Pls enjoy films in cinemas #SayNoToPiracy," tulisnya.
Kristi telah menegur lelaki berkenaan mengenai perbuatannya itu tetapi tidak diendahkan sebaliknya lelaki tersebut begitu bangga menunjukkan projector miliknya itu. Ini antara komennya di Twitter.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Sebelum
7 Jalan Raya Berbahaya Di Dunia
Seterusnya →
Bulu Roma Hasilkan Pelbagai Lukisan Menarik