← Back to list
Nasi Lemak Tergolong Antara 10 Sarapan Paling Sihat
Mar 22, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber TIME magazine
Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira kemana sahaja kita pergi, pasti ada terjual Nasi Lemak di merata-rata tempat. Ramai yang beranggapan Nasi Lemak tidak bagus jika dimakan selalu, kandungan santan yang menyebabkan nasi itu berlemak dikatakan boleh menjejaskan kesihatan. Namun, persepsi itu berjaya diubah sama sekali, Nasi Lemak kini diiktiraf salah satu sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah TIME dan memang sesuai untuk dimakan pada waktu pagi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Nasi Lemak merupakan makanan yang seimbang kerana mengandungi nutrisi, protein, karbohidrat dan manganese ( Khasiat yang terdapat dalam kacang dan ikan bilis ) yang sememangnya perlu dalam badan seseorang. Malah, kandungan sambal cili itu membantu meningkatkan tahap metabolism kita.
Walau apa pun, jangan ambil secara berlebihan, makan secara seimbang dan kalau boleh kurangkan pengambilan nasi ya? Amalkan gaya hidup yang sihat !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
[Ujian Minda] Hanya 1% Manusia Yang Mampu Jawab Soalan-soalan Ini
Next →
Iphone SE Menyerupai Reka Bentuk 5S Dan Memiliki Spesifikasi Sama Seperti iPhone 6S