← Kembali
Namakan Anak Dengan Nama Pasukan Bola Sepak Kegemaran
Jan 13, 2016
Oleh Ina Mohd. Sumber Telegraph
Apabila satu pasangan mempunyai anak pastinya pelbagai nama yang mahu dinamakan kepada bayi tersebut. Sebelum dilahirkan sudah ada nama. Jika lelaki nama sebegini, kalau perempuan pula mahukan nama yang lebih ayu. Tidak kurang juga yang letakkan nama anak mereka dengan nama yang panjang. Sebenarnya kalau nama sedap didengar itu sudah pasti tetapi jangan sampai susahkan orang lain dan anak anda sendiri.
Rasanya berlaku kepada cikgu-cikgu sekolah sekarang. Ada yang mengadu apabila melihat nama anak murid terlalu panjang. Sedangkan nama bapa hanya lima ke sepuluh huruf sahaja. Agaknya nanti apabila buat kad pengenalan, cukup ruang atau tidak nama anak anda itu? Jadi renung-renungkanlah ya. Biar nama itu mudah dan senang untuk diingati. Paling penting ikut sunnah Nabi apabila meletak nama anak anda.
Bercerita mengenai nama, berbeza bagi Clare Smith dan suami apabila suaminya memberi nama anak perempuan mereka dengan nama yang unik. Lanesra! Nama menarik dan senang untuk disebut. Setelah Lanesra berusia dua tahun, barulah diberitahu bahawa nama Lanesra itu bersempena pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Arsenal. Cuba anda terbalikkan nama Lanesra. Jadi apa?
Kreatif juga suami Clare. Disebabkan minat yang mendalam terhadap pasukan Arsenal maka, nama anaknya juga mahu diabadikan nama pasukan itu. Kalau Real Madrid boleh jadi Lear Dirdam. Apa-apa pun macam-macam idea kalau sudah minat, kan?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Sebelum
Video Gimik Wanita Tersalah Masuk Sidang Media Shahiezy Sam
Seterusnya →
Cipta Muzik Pakai Batang Paip, Sudu dan Tiub Cecah Jutaan Penonton