Oleh Izzat Ismail. Sumber mStar Online
Berita baik kepada pencinta haiwan, Zoo Johor bakal didiami spesis monyet Marmosets iaitu yang terkecil di dunia. Bukan itu saja, berita ini secara kebetulan datang didalam bulan menjelang Tahun Baru Cina yang turut merupakan tahun monyet.
Sebanyak lima ekor monyet akan diterima pada bulan November lalu bersama dua ekor spesies monyet tupai bakal ditempatkan dalam kandang baharu lebih besar dan memenuhi standard antarabangsa.
Untuk makluman, kedua dua spesis ini adalah berasal dari benua Amerika Selatan. Monyet Marmoset hanya boleh membesar sehingga 20 sentimeter sahaja. Ia hanya ditemui di wilayah hutan hujan terkenal Amazon sahaja.
Jadi kepada, pencinta haiwan anda boleh berkunjung ke Zoo Johor untuk melihat sendiri haiwan unik ini. Selain dapat belajar, pengalaman ini amat berguna untuk mendekatkan diri dengan alam semulajadi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm