
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Malaysian Digest
Tan Sri Michelle Yeoh aktres Hollywood kelahiran Malaysia bakal berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt akhir tahun 2016.
Rancangan untuk berkahwin dengan jutawan terkemuka dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari akan dilakukan selepas sebelum ini tertangguh hampir setahun. Ianya bagi menghormati kematian ayah aktres kelahiran Ipoh itu.
"Cukuplah sekadar majlis 'simple' (ringkas) bagi meraikan kami berdua dan dihadiri oleh teman dan saudara rapat saja. Kami akan turut mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia dan Hong Kong.
"Saya pasti akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya tarikh perkahwinan sudah ditetapkan kelak. Berita gembira ini harus saya kongsi kepada semua," kata Michelle.
Bapa kepada pelakon antarabangsa itu meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat sakit tua. Yeoh dan Todt mengenali antara satu sama lain sejak beberapa tahun lalu. Mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga memandangkan Michelle sendiri sudah mencecah umur 52 tahun.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm