Oleh Syazwan Aizad Sumber Quartz
Apabila Martin Scorsese diarahkan untuk menembak Leonardo Di Caprio dalam sebuah pesawat 747 yang sebenar bagi filem The Wolf of Wall Street, sudah tentu menelan belanja beberapa ratus ribu dolar bagi babak tersebut.
Dan agak mustahil bagi krew pengambaran untuk membawa set-set pengambaran mereka pada sebuah pesawat yang sedang terbang di udara. Malah, bagi merekacipta sebuah set kapal terbang palsu juga menelan belanja yang agak tinggi.
Oleh itu, Air Hollywood direka khas bagi babak didalam kapal terbang.
Pembikin filem hanya perlu memilih mana-mana daripada empat bahagian dalaman kapal terbang yang lengkap, termasuk kokpit, tandas dan bahagian simpanan barang. Terdapat juga tetingkap palsu, pintu keselamatan, bekas makanan dan kekacang, serta apa-apa sahaja perkara yang anda dapat lihat pada sebuah kapal terbang sebenar.
Jom tengok macam mana dorang buat filem menggunakan Air Hollywood ini;
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm