Oleh Feyra Nasrom Sumber Remaja
Sejahat mana sekalipun manusia itu, akan tiba suatu masa hatinya terbuka untuk berubah. Mungkin masa silamnya tidak baik seperti yang kita jangka, namun manusia tidak pernah terlambat untuk memperbetulkan kesilapan.
Sebuah kisah terjadi kepada seorang pemandu teksi yang bernama Abu Bakar Logart dimana pada tahun 2004, seorang pencuri telah mengambil dompet miliknya sehingga menyebabkan Abu Bakar kehilangan lessen, duit nafkah untuk isteri dan juga duit keperluan makan untuk keluarganya. Beliau telah menghadapi kesukaran untuk membayar segala keperluan pada waktu itu setelah kehilangan wang lebih daripada 200 Euro.
Benar kata Allah, jika rezeki itu sudah ditetapkan menjadi milik kita, pasti akan datang tiba walau bagaimana cara sekalipun. Kini, pada tahun 2016, lebih 12 tahun berlalu, Abu Bakar terima sekeping sampul di peti surat rumahnya dan yang mengejutkan sampul itu berisi wang lebih 200 Euro dan sepucuk surat daripada pencuri dompet 12 tahun yang lepas. Abu Bakar tidak sangka dan sangat terharu dengan tindakan bekas pencuri itu.
Kepada Abubakar Logart,
Saya secara tidak langsung telah mengambil sesuatu kepunyaan awak kurang 10-15 tahun lalu. Saya ingin memohon maaf atas kejadian ini dan saya harap awak menemui hati yang baik untuk memaafkan saya.
Saya sertakan beberapa wang tunai kepunyaan awak pada waktu itu dan harap ia dapat membantu awak pada ketika ini.
Tolong maafkan saya.

Menurut Abu Bakar, beliau sudah lama memaafkan pencuri itu dan tindakan mulia ini sekaligus memberi semula semangat kepadanya untuk percaya akan sifat manusia Selepas menerima duit tersebut, Abu Bakar turut mendermakan sebahagian wang itu kepada orang miskin dan membelikan hadiah buat anak-anak dan juga isteri.